Penjenamaan semula Disney Disney Channel Romania

Selepas Disney XD berjaya dilancarkan pada 13 Ferbuari 2009 di Amerika Syarikat, Disney-ABC Television Group menjenama semula Jetix Perancis ke Disney XD Perancis pada 1 April 2009 dan dijangka bahawa ini akan dilakukan kepada saluran Jetix lain di seluruh Eropah pada 2009.[1][2] Disney mengumukan bahawa saluran Jetix di beberapa negara (bernama Hungary, Romania, Republik Czech, Slovakia dan Bulgaria) akan dinamakan semula kepada Disney Channel, menandakan pengenalan pertama saluran itu di negara-negara tersebut. Pertukaran ini berlaku pada 19 September 2009.[3] Versi Bulgaria dan Romania Disney Channel disiarkan sebagai satu suapan video, dengan dua saluran audio berlainan untuk setiap bahasa.Pada Mei 2010 Disney Channel Romania ditanggalkan daripada satelit Hot Bird. Iklan ditunjuk dalam bahasa Romania dan Bulgaria; suara di iklan didengar di setiap audio terpilih. Pada waktu iklan ident ditunjukkan hanya untuk perkataan bahasa Romania "commercials":"RECLAME", tidak seperti di versi Eropah Tengah Disney Channel, di mana ia menunjukkan dahulu: "REKLAMA", kemudian "REKLÁM". Sebelum penjenamaan semula, ia menunjukkan "RECLAME", kemudian "РЕКЛАМА" di Jetix. Pada musim panas 2010, Disney Channel menyiarkan siri seperti "Hannah Montana", "Surf's Up", "H2O:Just Add Water" dan selebihnya. Selepas itu, H2O dan Surf's Up tamat dan tidak dilihat lagi. "Hannah Montana" tamat pada April 2011. Disney juga menemu ramah pemenang pertandingan "Hannah Montana Style", dan hanya seorang perempuan dari Romania.